This is my type machine...

Isnin, 11 Julai 2011

"Lacoste Percuma daripada Mimfaza Trading"


Sape nak lacoste percuma ni klik sini, betul-betul free ni, xde tipu punye...

Tarikh tamat : 31 Julai 2011

Owner blog ni, sruh teka asal dia pilih hijau, aku ada tiga jawapan:
a) Islamic
b) Sihatkan mata
c) Kaler yang dia minat

Ahad, 3 Julai 2011

Top Ten Actors


Dalam banyak-banyak pelakon yang ada di atas muka bumi ni, aku dah list beberapa pelakon yang aku minat dari segi lakonan beliau, perwatakan  dan cara beliau membawa watak. Top Ten ni, bukan official pun tapi ni daripada pendapat aku sendiri, tak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati.

 
10. Will Smith

Nama Sebenar: Willard Christopher Smith Jr.
Tinggi: 6' 2"
Tarikh Lahir: September 25, 1968
Tempat Lahir: Philadelphia, Pennsylvania, USA
Bidang: Pelakon, Pemuzik
Pendidikan: Overbrook High School di Winfield, West Philadelphia, Pennsylvania
Filem: Hancock, Wild Wild West, Men In Black, Bad Boys, I Robot
Komen: Dia seorang pelakon yang pandai membawa watak yang diberi mengikut perwatakan dia sendiri. Itulah pasal kadang-kadang lakonan dia ada lawak-lawak sikit tapi masih maintain keseriusan wataknya, contoh dalam filem Men In Black, dia sebagai Ajen Jay, sepatutnya seorang bekas anggota polis yang sentiasa serius tapi kadang-kadang ada sedikit humor yang ditonjol Will Smith.

 
9. Adam Sandler

Nama Sebenar: Adam Richard Sandler
Tinggi: 5' 9"
Tarikh Lahir: September 9, 1966
Tempat Lahir: Brooklyn, New York, USA
Bidang: Pelakon, Pelawak, Pemuzik, Penulis Skrip
Pendidikan: Manchester Central High School di Manchester, New Hampshire, New York University diNew York, New York (B.F.A.)
Filem: Grown Ups, Bedtime Stories, The Longest Yard, 50 First Date, Big Daddy, The Waterboy,
Komen: Seorang pelakon yang boleh melawak dalam setiap filem yang dilakonkan. Kalau korang perasan, hampir setiap filem dia, ada Rob Scneider yang membawa watak penyibuk, dan hampir setiap filem Rob Schneider, ada dia watak penyibuk.

8. Dwayne Johnson

Nama Sebenar: Dwayne Douglas Johnson
Nama Bukan Sebenar: The Rock
Tarikh Lahir: May 2, 1972
Tempat Lahir: Hayward, California, USA
Tinggi: 6' 2"
Bidang: Pelakon, Ahli Gusti
Pendidikan: Freedom High di Bethlehem, Pennsylvania
Filem: Faster, Walking Tall, Fast Five, The Game Plan, Toothfairy, The Scorpion King, The Mummy Returns, The Rundown
Komen: The Rock memang best bila dia berlakon, aku memang minat dia sejak dia berlakon dalam WWF lagi..LOL.. Ade sesetengah kawan aku kata yang body dia sebiji macam aku, tapi tak tahu la kan dalam hati macam mana. Dia berlakon serius, tapi kadang-kadang ada jugak lawak-lawak bangang macam dia dalam WWF dulu, peristiwa dia dengan Vince Mcmahon, memang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

7. Shia Labeouf

Nama Sebenar: Shia Shaide LaBeouf
Tinggi : 5' 10½
Tarikh Lahir: June 11, 1986
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Hamilton Academy of Music di Los Angeles, California
Filem: Transformers, Eagle Eye, Surf’s Up, Indiana Jones, Charlie’s Angels,
Komen: Aku first tengok cerita dia bukan daripada filem tapi drama komedi Disney, Even Stevens yang dulu ada di TV2, dah lama dah, tahun 2000. Tapi sekarang bila dia berlakon filem dan umur pun dah dewasa, dia boleh bawa watak yang hampir serius macam filem Eagle Eye. Itu maknanya dia ni versatile jugak lah.

6. Brendan Fraser

Nama Sebenar: Brendan James Fraser
Tinggi: 6' 3"
Tarikh Lahir: December 3, 1968
Tempat Lahir: Indianapolis, Indiana, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Upper Canada College Preparatory School di Toronto, Ontario, Canada, Actors Conservatory, Cornish College of the Arts di Seattle
Filem: The Mummy, Bedazzled, George of The Jungle, Journey to The Center of The Earth,
Komen: First filem aku tengok dia berlakon ialah Bedazzled, pasal perjanjian dengan Devil yang mantoppp, haha. Dari filem tu aku dah nampak dah, dia ni boleh pergi jauh ni, dan memang dia antara pelakon yang bila kita tengok filem tu, tak akan bosan...ermm..mungkin ada kot sikit, tu sebab jalan cerita lah.

Selasa, 28 Jun 2011

Stereng

 Assalamualaikum dan salam sejatera.

Semalam aku pergi bayar yuran pendaftaran dan hostel untuk universiti kat bank. Masa nak parking kereta, aku tengok ramai betul pergi ke tempat mesin bayar parking, parking yang jenis kotak bernombor tu. Ada yang berlari, ada yang kutip syiling dalam kereta, ada juga yang dari dalam bank pergi bayar. Hairan juga time tu, apa pasal semua gaduh-gaduh nak bayar parking ni, ada promotion ke?. laaa rupa-rupanya ade penguatkuasa tengah cari mangsa.haha

 Selayang

Lepas dah settle kerja penting tu, aku pun rounding-rounding la sekitar Selayang ni. Macam pekan biasa yang ada kat Malaysia ni, ada KFC, restoran mamak, warta selayang, bank, supermarket dan banyak lagilah. Tapi ada satu kedai tu yang sangat menarik hati aku untuk menjenguk sejenak barang-barang yang dijual, kedai aksesori kereta.hehe. Bukan apa, dah lama aku mengidam nak tukar stereng kereta aku, sebenarnya tak ada sebab pun nak tukar, tapi desakan nafsu yang membara. Rasa macam membazir pun ada, baik pergi sedekah ke, derma ke, last-last ada faedah juga nanti, tapi hati besar aku berkata sekali-sekala aku beli benda membazir duit ni, siapa tak pernah membazir kan?. Memang aku jarang beli benda mahal-mahal sekadar untuk puaskan nafsu tapi hari tu kecundang, promoter kedai tu pun psycho aku kuat sangat.

Stereng MOMO

Itulah dia stereng baru aku, bau kedai tak hilang lagi. Harga dia dalam RM180, tapi lepas tawar-menawar, masin-termasin, aku dapat RM150 sekali dengan boss-kit, tapak stereng. Kira okay jugak lah harga tu, sebab dulu aku pernah berkerja kat kedai aksesori kereta, harga stereng local je dah RM130 tambah dengan boss-kit dah RM160, upah pasang lagi terus sampai lebih kurang RM175-RM190.

Akhir kata, aku berpuas hati sebab dapat apa yang aku inginkan sejak 1-2 tahun lepas. Bila kita dapat apa yang kita nak, kita patut sangat bersyukur kepada Allah S.W.T sebab dengan keizinan-Nya kita berjaya memilikinya, dan sekarang aku memang betul-betul bersyukur dan aku rasa macam nak kuatkan lagi iman aku kepada-Nya.InsyaAllah.

“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

ąMરચ ąLIąş

Isnin, 27 Jun 2011

Kembara Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mimpi
Hari ni aku terbangun pagi dengan sendirinya lebih kurang dalam pukul 5.15 pagi. Aku bangun dalam keadaan tersenyum, kenapa? sebab aku bermimpi sesuatu yang best, sesuatu yang aku inginkan untuk jadi kenyataan tapi setakat ini cuma hadir dalam mimpi. Aku bermimpi aku berjaya ke universiti, bukan calang-calang universiti tapi Univesity of Tasmania (UTAS) di Australia. Memang aku ada buat permohonan sebelum ni untuk kesana, tak kena reject pun, siap dah dapat offer letter..tapi..bukan rezeki aku lagi untuk pergi kesana. Aku rasa aku tahu kenapa aku terbawa-bawa Australia dalam mimpi, ni mungkin sebab beberapa hari lalu aku ada chatting dengan seorang kawan baik aku yang sekarang dah pun berjaya menjejakkan kedua-dua tapak kakinya disana dengan beberapa orang yang juga kawan-kawan aku yang lain. Kadang-kadang ada juga perasaan cemburu timbul tapi perasaan bangga melebihi daripada perasaan yang orang putih kata 'jelous' tu dan aku harap diorang berjaya lah kat sana sebab AKU PUN NAK PERGI AUSTRALIA!!! untuk master nanti, InsyaAllah dan dapatlah bersama-sama diorang dalam menuntut ilmu perkapalan yang kami ceburi dari peringkat diploma lagi. Yang bestnya, kawan aku seorang ni boleh pulak tunjuk gambar-gambar dia masa outting, fuhh..layan jugak tengoknya. Bukan setakat tu saja, status Facebook sentiasa berlandaskan masa-masa diorang di Australia, aku hanya mampu mengelip-ngelip mata membacanya. haha..

Kerja
Lepas beberapa minit terkenangkan mimpi tu, (mimpi tak boleh tahan lama dalam ingatan, aku pun dah lupa apa detail-detail mimpi aku, fakta kata " 5 minit selepas

Khamis, 23 Jun 2011

First Driving

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi tadi lebih kurang pukul 6.50am, rutin harian aku sejak cuti semester ni, mandi, wudu, pakai baju dengan seluar pendek, pakai kain pelikat, sembahyang lepas tu terus keluar rumah pergi dekat kereta, start enjin, buka radio dengar Riuh Pagi Era, kakak aku masuk kereta terus shoot pergi pejabat dia kat SME Bank depan UniKL city campus. Dalam perjalanan tu syok jugak lah dengar radio era ni, slot dia, komen dan kritikan pendengar pasal Maharaja Lawak, macam-macam kritik aku dengar, ada ke patut suruh Aznil panjangkan masa peserta untuk mempersembahkan sketsa diorang dalam Maharaja Lawak, "Pak Nil, tolonglah Pak Nil, panjangkan masa pelawak untuk atas pentas, tak puas lah saya tengok diorang melawak", Pak Nil kata, kenapa bagitahu dia, "Haa, yelah tu, Pak Nil akan panjangkan 4 hari 4 malam, baru korang puas.." hahaha...

Dalam on the way balik rumah balik semula, punya lah mengantuk aku ni, tak tersedar kereta dah pergi 120Km/h. Tiba-tiba ada pulak motosial motosikal ni main pancung depan kereta aku, kalau Hayabusa ke, Ducatti ke, SUZUKI TXR 150 ke, takpe lah jugak, moto laju, tak payah aku brek, ni tak, moto EX5 zaman 90an, dah lah pancung tak bagi salam, bawa orang kat belakang, slow macam baru buat ujian memandu!! Masuk lane kanan pulak tu!!! Haizzz, nasib baik nyawa dia panjang je aku sempat brek. Jadi kesimpulannya, kepada pemandu kereta, kalau mengantuk bawa perlahan, ambil lane kiri dan kepada penunggang motosikal nak guna lane kanan, pastikan laju, sebab situ memang untuk kenderaan laju-laju.

Aku pun penunggang motosikal yang berjaya juga, tapi pandai-pandai lah masa atas jalan-raya tu, kalau kereta langgar, kereta tu kemek je, tapi kalau motosikal ni, parah ohh..

Lepas dah terselamat dari kejadian yang tak diingini tu, aku teruskan perjalanan macam biasa. Tapi trauma lagi, jantung berdegup, laju dia macam piston kereta aku masa tu. Lepas dah reda tu, tiba-tiba aku terfikir macam mana aku masa mula-mula bawa kereta dulu. First aku drive sebenarnya bukan kereta tapi van.

Cerita dia bermula masa aku umur 15 tahun, tingkatan 3 lah. Masa tu

Selasa, 21 Jun 2011

Farmasi Semula Jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak membincangkan tentang farmasi semula jadi. Apa maksud farmasi? Kalau ikut kamus kat sini, tempat ubat dan bahan-bahan perubatan. Jadi macam mana pula dengan farmasi semula jadi? Sebenarnya tu adalah buah-buahan atau sayur-sayuran yang dikurnia Allah S.W.T kepada manusia di atas muka bumi ni. Okay, tak nak cerita panjang lagi, tengok dekat bawah ni aku ada rumuskan sedikit sebanyak khasiat tumbuh-tumbuhan.


Lobak Merah (nama je merah, tapi warna oren)


Potongan daripada sebatang lobak, kita boleh nampak bentuknya seakan-akan mata, ada anak mata, iris dan garisan pancaran macam dalam mata pun ada. YA! Sains zaman sekarang dah membuktikan yang bahawasanya lobak merah sangat bagus untuk menguatkan pengaliran darah dan fungsi-fungsi mata manusia. Jadi banyak-banyakkan makan lobak ni, paling best bila makan mentah macam arnab, kalau tak suka boleh buat jus lobak campur susu krimer manis F&N.

Tomato


Sebiji tomato ada 4 bilik dan warnanya merah. Jantung pun ada 4 bilik dan berwarna merah. Daripada semua kajian, tomato memang terbaik sebagai makanan untuk mendapat darah yang berfungsi dengan baik dan darah dipam di jantung. Walaupun sebiji tomato itu masam, tapi jantung tidaklah semasam tomato. Untuk lebih menyelerakan anda dalam pengambilan tomato dalam diet, gunalah sos tomato, contohnya sos tomato dalam sebiji burger McD, menyelera kan?

Anggur


Anggur tergantung dalam kelompoknya dan membentuk seperti jantung. Setiap biji anggur nampak macam sel darah, kajian masa kini menyatakan yang anggur baik untuk darah dan jantung sama seperti tomato. Anggur ada yang masam dan ada yang manis, bergantung kepada jenisnya, tapi jika anda makan terasa pahit, meloyakan dan berbau, itu bermakna anggur itu sudah buruk. XP

Sabtu, 18 Jun 2011

Defense of The Ancient a.k.a. DoTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

ok kali ni aku nk crite pasal game faberet aku sejak 3 tahun lepas, which is DoTA. Dlam post yg lepas, ade orang komen psl profile picture aku, Barathrum, Spiritbreaker, tp nnti aku tukar lg profile pic tu..haha.. k straight to the point, dota ni game strategi dimane korang perlu mempertahan kubu korang yg mengandungi artifak (atau Ancient) daripada dihancurkan oleh lawan dan perlu menawan kubu lawan untuk menang, biasenye game ni dimainkan secara berkumpulan, 5 vs 5.Pemain akan memilih satu karakter (Hero) yg akan dikawal sendiri oleh pemain dan boleh dibantu 4 lagi pemain lain dalam masa yang sama akan ade unit2 yang di control secara artificial intelligence (AI) dlm proses menawan kubu lawan. Sebenarnye dalam game ni ade jugak heroin2 perempuan dan mereka antare karakter2 yg selalu dipilih pemain dota. Pemain perlu level up diorang punye hero dan gune gold untuk beli item2 atau equipment supaya hero diorang bertambah kuat.

 
Group 1 : Tiny, Lina Inverse, Sven, Drow Ranger dan Magina
Group 2 : Lion, Naix, Lesale Deathbringer, Balanar dan Krobelus


Jumaat, 17 Jun 2011

1st come 1st serve!!

Assalamualaikum kepada semua pelawat2 blog nih....

Tajuk kat atas sebenarnya xde kena-mengena pun dengan post ni, ermmm... ade skit, this is my 1st post..haha, tgok kan ade tu skit2 kene mengene---> "1st"... =.=". ape aku mengarut ni aku pon x thu..zzz

Kenape aku buat blog nih? 
korang mesti nk thu knape aku bleh buat blog plak nih, wlaupun korang x nak tahu tp aku nak bg thu jugk..hehe x kene langsung ngan keperibadian aku utk create satu blog yg akan memaparkan liku2 kehidupan aku, all of my opinions and this is something not like me sbb kene tulis panjang2 supaya org berminat nk bace, padahal aku bdk engineering bkn reti sgt nk tulis-menulis nih, tgok ar gaye penulisan bahase melayu pon x brape nk btul...wakakaka...tp aku akan tulis dgn penulisan yang senang utk org paham..
Berbalik pade persoalan kat atas, aku buat blog nih sbb aku bosan duk rumah, nk kuar x tau nk pergi kemane sbb sekarang aku ade dekat rumah kakak aku, almaklumlah aku sekarang tgh cuti semester, jd akak aku mengambil kesempatan ni sruh aku jd driver die pergi balik kerja, HARI-HARI!! @_@.... Satu lagi sebab, tertarik plak aku tgok org berblog nih, diorang dpt luahkan pendapat, perasaan, pengalaman dan mcm2 lagilah mengikut landasan yg agak2 ok jgklah...haha.. Daripada duk asyik post status kat FB yg kadang2 org bace rase nk muntah, baek buat blog sendiri sbb kite dpt menghurai dgn lg lebih mendalam knape kite post pasal sesuatu perkara tuh, ape bende ni?, mcm mane dpt nih?, best ke nih? pelawat2 pon akan lebih selesa nk bace walaupon kite post "F u to u" kat seseorang sbb pelawat dpt menyelami perasaan kite mase tu..fuhhh.. ^_^

Mintak tunjuk ajar
Oklah, memandangkan ni first entry aku, aku x berape ade idea lg nk cerita ape. Pastuh, aku x korek2 lg ape ade kat blogspot nih, kepade2 blogger2 yg dh lame berkecimpung dlm bidang blog-memblog nih, bantuan anda sgt2la dihargai atau omputih kate "your kindness are very much appreciated"...

Ape2 pon, to all have been here, wish my blogging thing continuously ever after..hehe...
back to top