This is my type machine...

Khamis, 23 Jun 2011

First Driving

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi tadi lebih kurang pukul 6.50am, rutin harian aku sejak cuti semester ni, mandi, wudu, pakai baju dengan seluar pendek, pakai kain pelikat, sembahyang lepas tu terus keluar rumah pergi dekat kereta, start enjin, buka radio dengar Riuh Pagi Era, kakak aku masuk kereta terus shoot pergi pejabat dia kat SME Bank depan UniKL city campus. Dalam perjalanan tu syok jugak lah dengar radio era ni, slot dia, komen dan kritikan pendengar pasal Maharaja Lawak, macam-macam kritik aku dengar, ada ke patut suruh Aznil panjangkan masa peserta untuk mempersembahkan sketsa diorang dalam Maharaja Lawak, "Pak Nil, tolonglah Pak Nil, panjangkan masa pelawak untuk atas pentas, tak puas lah saya tengok diorang melawak", Pak Nil kata, kenapa bagitahu dia, "Haa, yelah tu, Pak Nil akan panjangkan 4 hari 4 malam, baru korang puas.." hahaha...

Dalam on the way balik rumah balik semula, punya lah mengantuk aku ni, tak tersedar kereta dah pergi 120Km/h. Tiba-tiba ada pulak motosial motosikal ni main pancung depan kereta aku, kalau Hayabusa ke, Ducatti ke, SUZUKI TXR 150 ke, takpe lah jugak, moto laju, tak payah aku brek, ni tak, moto EX5 zaman 90an, dah lah pancung tak bagi salam, bawa orang kat belakang, slow macam baru buat ujian memandu!! Masuk lane kanan pulak tu!!! Haizzz, nasib baik nyawa dia panjang je aku sempat brek. Jadi kesimpulannya, kepada pemandu kereta, kalau mengantuk bawa perlahan, ambil lane kiri dan kepada penunggang motosikal nak guna lane kanan, pastikan laju, sebab situ memang untuk kenderaan laju-laju.

Aku pun penunggang motosikal yang berjaya juga, tapi pandai-pandai lah masa atas jalan-raya tu, kalau kereta langgar, kereta tu kemek je, tapi kalau motosikal ni, parah ohh..

Lepas dah terselamat dari kejadian yang tak diingini tu, aku teruskan perjalanan macam biasa. Tapi trauma lagi, jantung berdegup, laju dia macam piston kereta aku masa tu. Lepas dah reda tu, tiba-tiba aku terfikir macam mana aku masa mula-mula bawa kereta dulu. First aku drive sebenarnya bukan kereta tapi van.

Cerita dia bermula masa aku umur 15 tahun, tingkatan 3 lah. Masa tu
aku dah boleh bawa motor dah, dari darjah 6 lagi aku pandai bawa motor, hehe bangga x2. Tapi nafsu remaja la katakan, aku teringin pula nak try bawa kereta, masa tu family aku tak ada kereta, tapi ada van, van pun vanlah, benda sama je. Jadi, aku pun bagitahulah kat ayah dengan mak aku, aku nk belajar bawa kereta, hari tu hari sabtu, aku ingat lagi, mak ayah aku tengah tengok Panggung Sabtu kat TV3. Ayah aku kata, dengan loghat Terengganu dia, "Amende mung ning, kene takak ngen pulih kekgi, napok ngat budok, nok bowok beng" translate KL="Apahal lu ni der, nanti polis nampak lu budak bawa van, kena tangkap karang". Jadi aku pun dengan penuh rasa kekecewaan, minta pulak dengan mak aku. Mak aku pulak cakap,"Dakyoh blajo lagi la mase ning, nok buat mende, bukang ade gune pong mung blajo bowok beng time gini" translate KL="Tapayah belajar lagi la der, nak buat apa pun? bukan ada faedah pun lu belajar bawa van masa-masa begini". Akhirnya aku akur je lah, diorang parents aku, takkan aku nak paksa jugak kan, tapi aku ade soalan last aku tanya mak aku. Aku tanya macam mana rasa bawa kereta ni? Mak aku cakap, bawa kereta lagi senang daripada bawa basikal sebabnya kalau kereta, kita rileks je, duduk je, kawal stereng, tendang-tendang pedal minyak, brek dengan klac, tapi kalu basikal, kita kena kawal badan kita biar stabil, kaki kena kayuh mengikut rentak yang sesuai dengan keadaan jalan, lepas tu panas cuaca lagi, mata silau tak ada cermin penghalang sinaran UV. Aku pun masa tu lagi bersemangat lah nak belajar bawa van tu, dah dia kata lagi senang daripada basikal, memang aku lagi teruja lah nak mencuba, kelakar jugak kadang-kadang mak aku ni.hehe.

Jadi, suatu hari tu, semua family aku pergi rumah saudara-mara aku, dekat tak dekat jugak lah rumah diorang. Tinggallah aku sebatang kara dekat rumah. Family aku masa tu pergi naik kereta saudara-mara aku, jadi tinggalah van tu dekat depan rumah. Yang bestnya, kunci van boleh pulak muncul secara tiba-tiba kat atas meja kopi dalam ruang tamu rumah aku. Masa tu aku memang tak dapat kawal diri dah, aku ambil kunci, pergi dekat van, duduk bahagian driver, masuk kunci, start enjin. Fuhhh, perasaan start enjin van pertama kali dalam hidup secara solo memang aku tak dapat lupa sampai hari ni, dengan gugupnya, excited melampau lagi, perasaan ingin tahu pun ada, dan paling banyak sekali perasaan takutlah. haha. Lepas lebih kurang 10 min duduk dalam van tu, dengan keyakinan yang ada, ingatan aku masa aku tengok ayah aku bawa van ni, aku pun tekan klac, masuk gear 1, melambung beb...haha.. tapi akhirnya aku berjaya juga pusing-pusing taman perumahan aku masa tu, mak ayah aku pun tahu perkara ni sebab aku cerita kat diorang, diorang respect aku sebab terlampau berani dengan menyembunyikan kunci van selama beberapa minggu .hehe..  Korang macam mana perasaan mula-mula nak memandu?

Mesti lebih kurang macam aku jugak kan??? kan??.. Okay lah, tangan pun dah letih bertaip-taip mesin taip ni, aku berhenti dahulu seketika, kita jumpa dekat post lain pulak.. =]


ąMરચ ąLIąş

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ape nak dikomen disini.. =]

back to top