Semalam aku pergi bayar yuran pendaftaran dan hostel untuk universiti kat bank. Masa nak parking kereta, aku tengok ramai betul pergi ke tempat mesin bayar parking, parking yang jenis kotak bernombor tu. Ada yang berlari, ada yang kutip syiling dalam kereta, ada juga yang dari dalam bank pergi bayar. Hairan juga time tu, apa pasal semua gaduh-gaduh nak bayar parking ni, ada promotion ke?. laaa rupa-rupanya ade penguatkuasa tengah cari mangsa.haha
Selayang
Lepas dah settle kerja penting tu, aku pun rounding-rounding la sekitar Selayang ni. Macam pekan biasa yang ada kat Malaysia ni, ada KFC, restoran mamak, warta selayang, bank, supermarket dan banyak lagilah. Tapi ada satu kedai tu yang sangat menarik hati aku untuk menjenguk sejenak barang-barang yang dijual, kedai aksesori kereta.hehe. Bukan apa, dah lama aku mengidam nak tukar stereng kereta aku, sebenarnya tak ada sebab pun nak tukar, tapi desakan nafsu yang membara. Rasa macam membazir pun ada, baik pergi sedekah ke, derma ke, last-last ada faedah juga nanti, tapi hati besar aku berkata sekali-sekala aku beli benda membazir duit ni, siapa tak pernah membazir kan?. Memang aku jarang beli benda mahal-mahal sekadar untuk puaskan nafsu tapi hari tu kecundang, promoter kedai tu pun psycho aku kuat sangat.
Stereng MOMO
Akhir kata, aku berpuas hati sebab dapat apa yang aku inginkan sejak 1-2 tahun lepas. Bila kita dapat apa yang kita nak, kita patut sangat bersyukur kepada Allah S.W.T sebab dengan keizinan-Nya kita berjaya memilikinya, dan sekarang aku memang betul-betul bersyukur dan aku rasa macam nak kuatkan lagi iman aku kepada-Nya.InsyaAllah.
“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
ąMરચ ąLIąş
waa.. stereng baru~~~ semakn laju la lamborghini mu.. =p
BalasPadammemanglaaa, lagi beso stereng lagi laju..
BalasPadambkn lamborghini laaa, bugatti.. =]