This is my type machine...

Isnin, 11 Julai 2011

"Lacoste Percuma daripada Mimfaza Trading"


Sape nak lacoste percuma ni klik sini, betul-betul free ni, xde tipu punye...

Tarikh tamat : 31 Julai 2011

Owner blog ni, sruh teka asal dia pilih hijau, aku ada tiga jawapan:
a) Islamic
b) Sihatkan mata
c) Kaler yang dia minat

Ahad, 3 Julai 2011

Top Ten Actors


Dalam banyak-banyak pelakon yang ada di atas muka bumi ni, aku dah list beberapa pelakon yang aku minat dari segi lakonan beliau, perwatakan  dan cara beliau membawa watak. Top Ten ni, bukan official pun tapi ni daripada pendapat aku sendiri, tak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati.

 
10. Will Smith

Nama Sebenar: Willard Christopher Smith Jr.
Tinggi: 6' 2"
Tarikh Lahir: September 25, 1968
Tempat Lahir: Philadelphia, Pennsylvania, USA
Bidang: Pelakon, Pemuzik
Pendidikan: Overbrook High School di Winfield, West Philadelphia, Pennsylvania
Filem: Hancock, Wild Wild West, Men In Black, Bad Boys, I Robot
Komen: Dia seorang pelakon yang pandai membawa watak yang diberi mengikut perwatakan dia sendiri. Itulah pasal kadang-kadang lakonan dia ada lawak-lawak sikit tapi masih maintain keseriusan wataknya, contoh dalam filem Men In Black, dia sebagai Ajen Jay, sepatutnya seorang bekas anggota polis yang sentiasa serius tapi kadang-kadang ada sedikit humor yang ditonjol Will Smith.

 
9. Adam Sandler

Nama Sebenar: Adam Richard Sandler
Tinggi: 5' 9"
Tarikh Lahir: September 9, 1966
Tempat Lahir: Brooklyn, New York, USA
Bidang: Pelakon, Pelawak, Pemuzik, Penulis Skrip
Pendidikan: Manchester Central High School di Manchester, New Hampshire, New York University diNew York, New York (B.F.A.)
Filem: Grown Ups, Bedtime Stories, The Longest Yard, 50 First Date, Big Daddy, The Waterboy,
Komen: Seorang pelakon yang boleh melawak dalam setiap filem yang dilakonkan. Kalau korang perasan, hampir setiap filem dia, ada Rob Scneider yang membawa watak penyibuk, dan hampir setiap filem Rob Schneider, ada dia watak penyibuk.

8. Dwayne Johnson

Nama Sebenar: Dwayne Douglas Johnson
Nama Bukan Sebenar: The Rock
Tarikh Lahir: May 2, 1972
Tempat Lahir: Hayward, California, USA
Tinggi: 6' 2"
Bidang: Pelakon, Ahli Gusti
Pendidikan: Freedom High di Bethlehem, Pennsylvania
Filem: Faster, Walking Tall, Fast Five, The Game Plan, Toothfairy, The Scorpion King, The Mummy Returns, The Rundown
Komen: The Rock memang best bila dia berlakon, aku memang minat dia sejak dia berlakon dalam WWF lagi..LOL.. Ade sesetengah kawan aku kata yang body dia sebiji macam aku, tapi tak tahu la kan dalam hati macam mana. Dia berlakon serius, tapi kadang-kadang ada jugak lawak-lawak bangang macam dia dalam WWF dulu, peristiwa dia dengan Vince Mcmahon, memang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

7. Shia Labeouf

Nama Sebenar: Shia Shaide LaBeouf
Tinggi : 5' 10½
Tarikh Lahir: June 11, 1986
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Hamilton Academy of Music di Los Angeles, California
Filem: Transformers, Eagle Eye, Surf’s Up, Indiana Jones, Charlie’s Angels,
Komen: Aku first tengok cerita dia bukan daripada filem tapi drama komedi Disney, Even Stevens yang dulu ada di TV2, dah lama dah, tahun 2000. Tapi sekarang bila dia berlakon filem dan umur pun dah dewasa, dia boleh bawa watak yang hampir serius macam filem Eagle Eye. Itu maknanya dia ni versatile jugak lah.

6. Brendan Fraser

Nama Sebenar: Brendan James Fraser
Tinggi: 6' 3"
Tarikh Lahir: December 3, 1968
Tempat Lahir: Indianapolis, Indiana, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Upper Canada College Preparatory School di Toronto, Ontario, Canada, Actors Conservatory, Cornish College of the Arts di Seattle
Filem: The Mummy, Bedazzled, George of The Jungle, Journey to The Center of The Earth,
Komen: First filem aku tengok dia berlakon ialah Bedazzled, pasal perjanjian dengan Devil yang mantoppp, haha. Dari filem tu aku dah nampak dah, dia ni boleh pergi jauh ni, dan memang dia antara pelakon yang bila kita tengok filem tu, tak akan bosan...ermm..mungkin ada kot sikit, tu sebab jalan cerita lah.

back to top