This is my type machine...

Ahad, 3 Julai 2011

Top Ten Actors


Dalam banyak-banyak pelakon yang ada di atas muka bumi ni, aku dah list beberapa pelakon yang aku minat dari segi lakonan beliau, perwatakan  dan cara beliau membawa watak. Top Ten ni, bukan official pun tapi ni daripada pendapat aku sendiri, tak ada kena mengena antara yang hidup ataupun mati.

 
10. Will Smith

Nama Sebenar: Willard Christopher Smith Jr.
Tinggi: 6' 2"
Tarikh Lahir: September 25, 1968
Tempat Lahir: Philadelphia, Pennsylvania, USA
Bidang: Pelakon, Pemuzik
Pendidikan: Overbrook High School di Winfield, West Philadelphia, Pennsylvania
Filem: Hancock, Wild Wild West, Men In Black, Bad Boys, I Robot
Komen: Dia seorang pelakon yang pandai membawa watak yang diberi mengikut perwatakan dia sendiri. Itulah pasal kadang-kadang lakonan dia ada lawak-lawak sikit tapi masih maintain keseriusan wataknya, contoh dalam filem Men In Black, dia sebagai Ajen Jay, sepatutnya seorang bekas anggota polis yang sentiasa serius tapi kadang-kadang ada sedikit humor yang ditonjol Will Smith.

 
9. Adam Sandler

Nama Sebenar: Adam Richard Sandler
Tinggi: 5' 9"
Tarikh Lahir: September 9, 1966
Tempat Lahir: Brooklyn, New York, USA
Bidang: Pelakon, Pelawak, Pemuzik, Penulis Skrip
Pendidikan: Manchester Central High School di Manchester, New Hampshire, New York University diNew York, New York (B.F.A.)
Filem: Grown Ups, Bedtime Stories, The Longest Yard, 50 First Date, Big Daddy, The Waterboy,
Komen: Seorang pelakon yang boleh melawak dalam setiap filem yang dilakonkan. Kalau korang perasan, hampir setiap filem dia, ada Rob Scneider yang membawa watak penyibuk, dan hampir setiap filem Rob Schneider, ada dia watak penyibuk.

8. Dwayne Johnson

Nama Sebenar: Dwayne Douglas Johnson
Nama Bukan Sebenar: The Rock
Tarikh Lahir: May 2, 1972
Tempat Lahir: Hayward, California, USA
Tinggi: 6' 2"
Bidang: Pelakon, Ahli Gusti
Pendidikan: Freedom High di Bethlehem, Pennsylvania
Filem: Faster, Walking Tall, Fast Five, The Game Plan, Toothfairy, The Scorpion King, The Mummy Returns, The Rundown
Komen: The Rock memang best bila dia berlakon, aku memang minat dia sejak dia berlakon dalam WWF lagi..LOL.. Ade sesetengah kawan aku kata yang body dia sebiji macam aku, tapi tak tahu la kan dalam hati macam mana. Dia berlakon serius, tapi kadang-kadang ada jugak lawak-lawak bangang macam dia dalam WWF dulu, peristiwa dia dengan Vince Mcmahon, memang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

7. Shia Labeouf

Nama Sebenar: Shia Shaide LaBeouf
Tinggi : 5' 10½
Tarikh Lahir: June 11, 1986
Tempat Lahir: Los Angeles, California, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Hamilton Academy of Music di Los Angeles, California
Filem: Transformers, Eagle Eye, Surf’s Up, Indiana Jones, Charlie’s Angels,
Komen: Aku first tengok cerita dia bukan daripada filem tapi drama komedi Disney, Even Stevens yang dulu ada di TV2, dah lama dah, tahun 2000. Tapi sekarang bila dia berlakon filem dan umur pun dah dewasa, dia boleh bawa watak yang hampir serius macam filem Eagle Eye. Itu maknanya dia ni versatile jugak lah.

6. Brendan Fraser

Nama Sebenar: Brendan James Fraser
Tinggi: 6' 3"
Tarikh Lahir: December 3, 1968
Tempat Lahir: Indianapolis, Indiana, USA
Bidang: Pelakon
Pendidikan: Upper Canada College Preparatory School di Toronto, Ontario, Canada, Actors Conservatory, Cornish College of the Arts di Seattle
Filem: The Mummy, Bedazzled, George of The Jungle, Journey to The Center of The Earth,
Komen: First filem aku tengok dia berlakon ialah Bedazzled, pasal perjanjian dengan Devil yang mantoppp, haha. Dari filem tu aku dah nampak dah, dia ni boleh pergi jauh ni, dan memang dia antara pelakon yang bila kita tengok filem tu, tak akan bosan...ermm..mungkin ada kot sikit, tu sebab jalan cerita lah.


 
5. Johnny Depp

Nama Sebenar: John Christopher Depp III
Tinggi: 5' 10”
Tarikh Lahir: June 9, 1963
Tempat Lahir: Owensboro, Kentucky, USA
Bidang: Pelakon, Pengarah, Pemuzik
Pendidikan: Loft Studio di Los Angeles, California
Filem: Pirates of Carribean, Charlie and Chocolate Factory, Sleepy Hollow, Edward Scissorhand,
Komen: Antara pelakon paling versatile pernah aku kenal, setiap watak dia dalam cerita memang jauh lari contoh dalam Edward Scissorhand dan Sleepy Hollow, dia jadi watak yang lurus bendul, tapi dalam Pirates of Carribean jadi watak yang licik, pandai berkata-kata dan kuat menipu. 

4. Robin Williams

Nama Sebenar: Robin McLaurin Williams
Tinggi: 5' 8"
Tarikh Lahir: July 21, 1952
Tempat Lahir: Chicago, IL, USA
Bidang: actor, director, Writer, Comedian, producer
Pendidikan : Claremont Men's College di Claremont, California, College of Marin di Kentfield, California, The Juilliard School di New York
Filem: Patch Adams, RV, Popeye, Bicentennial Man, Jumanji,
Komen: Setiap filem yang dilakonkan oleh dia, memang sangat memberi impak kat aku. Paling best ialah filem Patch Adams, seorang yang kecewa dengan hidup tapi berjaya mengatasinya. Lakonan dia memang sempoi, setiap watak dibawa macam betul-betul dialah watak itu dan kadang-kadang ada saja aksi-aksi lawak.

3. Nicholas Cage

Nama Sebenar: Nicholas Kim Coppola
Tinggi: 6'
Tarikh Lahir: January 7, 1964
Tempat Lahir: Long Beach, California, USA
Bidang: Pelakon, Pengarah, Penerbit
Pendidikan : Justin-Siena High School di Napa, California, Beverly Hills High School, American Conservatory Theater di San Francisco, California
Filem: Face-Off, Con Air, National Treasure, Ghost Rider, The Rock, World Trade Center
Komen: Pelakon aksi yang berjaya menarik minat aku sebab lakonan yang kelihatan betul, boleh dikira sebagai sangat versatile. Filem paling best ialah dalam Face-Off, aku terkeliru sama ada dia watak jahat ke baik sebab dalam filem tu dia bertukar watak dengan John Travolta. 

2. Jackie Chan

Nama Sebenar: Kong-sang Chang
Tinggi : 5' 8½''
Tarikh Lahir: April 7, 1954
Tempat Lahir: Hong Kong, China
Bidang: Pelakon, Penerbit, Pengarah, Stunts,Penulis, Production Manager
Education: Nan Hua Elementary Academy, Chinese Opera Research Institute (1961-1971), Peking Opera School
Filem: The Karate Kid, Rush Hour, Drunken Master, Police Story, Mr. Nice Guy, The Tuxedo, Shanghai Noon dan Shanghai Knight, Who Am I?
Komen: Pelakon ni sememangnya famous di mata dunia, semua golongan usia sesuai untuk tonton filem-filem dia, watak-watak yang dibawa juga sesuai untuk semua bangsa sebab jika kita lihat balik filem-filem dia, tak perlu banyak bercakap sebab aksi-aksi dah menunjukan jalan cerita tu sendiri, itu pasal budak-budak amat meminati dia dan akan terbawa-bawa sampai dewasa macam aku.haha.

1. Jim Carrey

Nama Sebenar: James Eugene Carrey
Tinggi: 6' 2''
Tarikh Lahir: January 17, 1962
Tempat Lahir: Newmarket, Ontario, Canada
Bidang : Pelakon, Penulis, Penerbit, Pemuzik
Pendidikan: Aldershot School in Burlington di Ontario, Canada,  Agincourt Collegiate Institute di Agincourt, Ontario, Canada
Filem: Yes Man, Fun With Dick And Jane, Liar-Liar, Ace Ventura, Dumb and Dumber, The Mask, The Truman Show, The Number 23
Komen: Jim Carrey pun lebih kurang Jackie Chan, Cuma tak ada adegan lawan-lawan, major dia dalam melawak. Hampir kesemua filem dia sangat menghiburkan tapi ada juga filem thriller yang pernah dia berlakon sebagai pembunuh, filem The Number 23. Setiap lakonan dia memang jujur, sanggup melakukan apa saja untuk menghidupkan watak.


ąMરચ ąLIąş

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ape nak dikomen disini.. =]

back to top