This is my type machine...

Selasa, 21 Jun 2011

Farmasi Semula Jadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak membincangkan tentang farmasi semula jadi. Apa maksud farmasi? Kalau ikut kamus kat sini, tempat ubat dan bahan-bahan perubatan. Jadi macam mana pula dengan farmasi semula jadi? Sebenarnya tu adalah buah-buahan atau sayur-sayuran yang dikurnia Allah S.W.T kepada manusia di atas muka bumi ni. Okay, tak nak cerita panjang lagi, tengok dekat bawah ni aku ada rumuskan sedikit sebanyak khasiat tumbuh-tumbuhan.


Lobak Merah (nama je merah, tapi warna oren)


Potongan daripada sebatang lobak, kita boleh nampak bentuknya seakan-akan mata, ada anak mata, iris dan garisan pancaran macam dalam mata pun ada. YA! Sains zaman sekarang dah membuktikan yang bahawasanya lobak merah sangat bagus untuk menguatkan pengaliran darah dan fungsi-fungsi mata manusia. Jadi banyak-banyakkan makan lobak ni, paling best bila makan mentah macam arnab, kalau tak suka boleh buat jus lobak campur susu krimer manis F&N.

Tomato


Sebiji tomato ada 4 bilik dan warnanya merah. Jantung pun ada 4 bilik dan berwarna merah. Daripada semua kajian, tomato memang terbaik sebagai makanan untuk mendapat darah yang berfungsi dengan baik dan darah dipam di jantung. Walaupun sebiji tomato itu masam, tapi jantung tidaklah semasam tomato. Untuk lebih menyelerakan anda dalam pengambilan tomato dalam diet, gunalah sos tomato, contohnya sos tomato dalam sebiji burger McD, menyelera kan?

Anggur


Anggur tergantung dalam kelompoknya dan membentuk seperti jantung. Setiap biji anggur nampak macam sel darah, kajian masa kini menyatakan yang anggur baik untuk darah dan jantung sama seperti tomato. Anggur ada yang masam dan ada yang manis, bergantung kepada jenisnya, tapi jika anda makan terasa pahit, meloyakan dan berbau, itu bermakna anggur itu sudah buruk. XP



Kacang Walnut


Jika dilihat sekali pandang pun kacang ni berbentuk macam otak, ada hemisfera kiri dan kanan, ada cerebrums (bahagian atas) dan cerebellums (bahagian bawah), dan kalau diteliti betul-betul, bentuk kedutan dan lipatan pun dah macam neo-cortex. Semua mesti tahu kan, kacang ni bagus untuk otak sebab ia membantu mengembangkan lebih daripada 3 dozen penghantar neuron untuk fungsi otak.

Kacang Merah


Kacang merah sebenarnya berfungsi memulihkan dan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang, dan anda lihatlah bentuknya sebiji macam buah pinggang. Zaman sekarang kacang merah sudah mula dijadikan makanan segera dalam tin, jadi senanglah kalau nak cari dekat pasaraya-pasaraya.

Saderi


Saderi kelihatan seperti tulang. Makanan ini secara khusus target kepada kekuatan tulang. Tulang adalah natrium 23% dan makanan ini adalah natrium 23%. Jika anda tidak mempunyai cukup natrium dalam diet anda, badan akan menarik natrium tu dari tulang, menjadikan tulang-temulang kita lemah. Makanan ini menambah lagi keperluan rangka badan.


Avokado


Avokado, terung dan buah lai target dekat fungsi dan kesihatan rahim dan pangkal rahim orang perempuan, ia kelihatan seperti organ-organ ini. Penyelidikan hari ini menunjukkan bahawa apabila seorang wanita makan satu avokado seminggu, ia mengimbangi hormon, mencegah kelahiran pra-matang yang tidak diingini dan mencegah kanser pangkal rahim. Dan berapa mendalam hal ni? Avokado mengambil masa tepat 9 bulan tumbuh dari bunga ke buah yang cukup ranum. 

Figs @ Buah Ara (tak pasti nama buah ara, rasanya lebih kepada buah tin, bukan air tin)


Buah ara dipenuhi dengan biji dan tergantung dengan berdua-dua apabila ia membesar. Buah ara meningkatkan pergerakan sperma lelaki dan mempertingkatkan jumlah sel sperma bagi mengatasi kemandulan lelaki.

Bawang





Sel bawang berbentuk seperti kebanyakan sel yang terdapat dalam badan manusia. Penyelidikan hari ini menunjukkan bahawa bawang membantu membuang sel mati yang terdapat dpt badan. Bawang juga mengeluarkan air yang sangat berkesan membasuh lapisan epithelial mata. Patutlah aku tengok kebanyakan mata perempuan bahagian putih tu berkilat dan jernih, mesti rajin ulas bawang tu. =]


Nampaknya setakat tu saja yang aku dapat kongsi kali ni. Semoga anda semua sedar bahawa sesuatu yang dicipta Allah S.W.T itu bukan sesuatu yang sia-sia, terdapat khasiat-khasiat yang tersembunyi, cuma kita saja yang perlu cari. Tips: Mr. Google kan ada... =] 


"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." - Surah Al-Mu'min: Ayat 57


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ape nak dikomen disini.. =]

back to top