This is my type machine...

Isnin, 27 Jun 2011

Kembara Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mimpi
Hari ni aku terbangun pagi dengan sendirinya lebih kurang dalam pukul 5.15 pagi. Aku bangun dalam keadaan tersenyum, kenapa? sebab aku bermimpi sesuatu yang best, sesuatu yang aku inginkan untuk jadi kenyataan tapi setakat ini cuma hadir dalam mimpi. Aku bermimpi aku berjaya ke universiti, bukan calang-calang universiti tapi Univesity of Tasmania (UTAS) di Australia. Memang aku ada buat permohonan sebelum ni untuk kesana, tak kena reject pun, siap dah dapat offer letter..tapi..bukan rezeki aku lagi untuk pergi kesana. Aku rasa aku tahu kenapa aku terbawa-bawa Australia dalam mimpi, ni mungkin sebab beberapa hari lalu aku ada chatting dengan seorang kawan baik aku yang sekarang dah pun berjaya menjejakkan kedua-dua tapak kakinya disana dengan beberapa orang yang juga kawan-kawan aku yang lain. Kadang-kadang ada juga perasaan cemburu timbul tapi perasaan bangga melebihi daripada perasaan yang orang putih kata 'jelous' tu dan aku harap diorang berjaya lah kat sana sebab AKU PUN NAK PERGI AUSTRALIA!!! untuk master nanti, InsyaAllah dan dapatlah bersama-sama diorang dalam menuntut ilmu perkapalan yang kami ceburi dari peringkat diploma lagi. Yang bestnya, kawan aku seorang ni boleh pulak tunjuk gambar-gambar dia masa outting, fuhh..layan jugak tengoknya. Bukan setakat tu saja, status Facebook sentiasa berlandaskan masa-masa diorang di Australia, aku hanya mampu mengelip-ngelip mata membacanya. haha..

Kerja
Lepas beberapa minit terkenangkan mimpi tu, (mimpi tak boleh tahan lama dalam ingatan, aku pun dah lupa apa detail-detail mimpi aku, fakta kata " 5 minit selepas
tamatnya sesuatu mimpi, kita akan terlupa separuh dari jalan cerita mimpi. Selepas 10 minit, hampir 90% yang akan kita lupakan") kakak aku suruh aku bersiap untuk hantarkan dia pergi kerja, KERJA?? AHAD??? kalau Pantai Timur tu, memang logik, tapi kalau kat ibu negara ni, kenapa? mungkin dia nak menyiapkan kerja-kerja dia dekat pejabat tu, kadang-kadang aku terasa jugak keletihan orang yang sudah memasuki alam perkerjaan ni, nak-nak lagi dia tu dah disahkan mengandung. Maka, aku sebagai adik yang mithali, cuma menurut perintah saja.hehe..

Mandi Kolam
Dalam pukul 11.00 pagi, ummi aku telefon, dia kata nak ajak aku pergi ke rumah kakak aku yang kedua, rumah baru dia, kondominium Casa Idaman. Dekat situ tak ramai orang lagi, dan disediakan kolam mandi dan gimnasium. Bila saja sampai di kondo kakak aku tu, rupa-rupanya, kakak aku, adik aku, anak buah aku dah pun melakukan aksi renang berirama dalam kolam mandi tu, tak sempat masuk rumah dia pun, aku terus pergi kolam mandi, terjun...tapi sempat salin baju dululah..haha. Lepas dah puas mandi, barulah aku pergi ke rumah kakak aku ni.

Shopping Tertipu
Dalam tengahari tu, kakak aku yang ketiga, yang aku hantar pergi kerja pagi tadi, dah pun nak balik. Sebelum balik rumah dia, aku ajak dia pergi membeli membelah sekejap untuk preparation aktiviti aku pertengahan bulan Julai ni. Apa yang aku beli ialah sepasang seluar sukan dan beberapa peralatan lain. Dalam banyak-banyak barang aku beli tu, ada satu barang yang membuat aku agak terkesima semasa nak membayarnya. Ada satu kedai kasut ni, agak terkenal di Malaysia, jenama kasut paling famous dalam kedai tu, jenama Power. Aku terpandanglah satu longgokkan kotak-kotak kasut dan di tag LESS 30%, jadi aku pun ushar-ushar lah design kasut mana yang mampu menarik hati aku untuk mempertuankankan dirinya di bahagian longgokan tu. Selepas lebih kurang 10 min aku berhempas pulas, akhirnya bertemulah aku dengan kasut yang ditakdirkan untuk bersama dengan kaki aku. Harga asal kasut tu, RM79.99, tapi difikirkan secara logik, kasut tu dibawah longgokan bertag potongan sebanyak 30%, jadi harga yang patut aku bayar lebih kurang RM55. Tapi dengan penuh kekecewaan, masa aku nk bayar kasut tu, cashier mintak RM80. Terkejut monyet aku dibuatnya, "Aik, kak, tadi saye amek kasut nih kat bahagian less 30%", cashier tu menjawab,"itu yang display atas kotak-kotak tu je dik, yang ni tak termasuk". WOW...kalau kasut ni tak termasuk, kenapa, kenapa harus kasut ni diletak dibahagian tu, dengan perasaan tertipu dan sedang cover malu, aku bayar jugak lah.. Dahlah aku terasa tertipu, aku kena bayar lebih daripada harga asal, RM80 yang sepatutnya RM79.99...isk3... tapi aku redha je, mungkin ni dugaan semata-mata, aku sepatutnya boleh jimat RM25 tapi dah jadi terbazir RM0.01..

Kemudian aku pun balik rumah, rehatkan badan, rehatkan minda dan mula berDoTA,haha... hasrat aku untuk melupakan kenangan pahit dan menyerlahkan kenangan manis hari Ahad nih, dan ia berhasil, aku jadi malas nak ambil kisah pasal kasut tu dan aku terasa gembira sangat dapat bersama keluarga aku tadi...

P/S: Aku start tulis ni lebih kurang pukul 11 malam hari Ahad, tup.tup.habis dah nak hari Isnin, harap apa yang aku akan tempuhi esok lebih baik daripada hari ni, hope same goes for all of you who read this.. InsyaAllah. =]

ąMરચ ąLIąş

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen ape nak dikomen disini.. =]

back to top